- selamat datang dan terima kasih kerana sudi menjenguk diari kami :)

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Friday, 6 July 2018

Travel Diary : Cameron Highlands


Salam and Hello readers!

It feels good to write again. I love to write. And here we go. Rasanya after this kena state sesiap yang blog ni hanya akan di-update 2tahun sekali. Hahahaha. Dah lama kot tak bergiat aktif dalam dunia blog ni. Dulu ye la rajin. Sekarang hampeh. Busy memanjang (baca: malas and takde topik). For those yang dah follow blog ni since first blog ni dibuat, kitorang buat blog ni since zaman sekolah lagi. Sekarang memasing dah kerja, alhamdulillah. Cepat betul masa berlalu.

Hamboi, amende mukadimah macamtu. So, here we go. Harini nak share the very first travel diary dengan zanamia. Disebabkan sorang baru habis study and baru start kerja, masa ni la kot masa yang sesuai untuk kitorang jenjalan release tension. Maybe orang lain dah lama travel reramai ngan member, tapi kitorang baru first. Baru ada rezeki, and alhamdulillah dapat jugak la walaupun agak tak well-planned.

Plan asalnya kitorang nak pergi tempat lain. Tapi taktahu la macamana tiba-tiba boleh jadi Cameron Highlands ni tempat yang kami jelajah. Tu la kita hanya merancang kan. Tapi alhamdulillah la semua berjalan dengan lancar. Kitorang bercuti 28 June 2018 – 30 June 2018. 3 hari 2 malam je la pun dekat Cameron tu.

So, let’s start dengan Day 1.

Cerita dia, April haritu saja la tengok tiket flight kekonon nak tengok murah ke tak pergi the very first destination yang dirancang. Tapi malang sekali sebab tiket ke sana agak mahal (melebihi bajet kitorang). So, godeh2 la lagi website airasia tu, then Nampak tiket flight JHB-KUL agak murah masa tu. So, dengan keputusan yang entah apa-apa, terus booked tiket flight untuk 4 orang JHB-KUL seminggu lepas raya. Agak gamble la sebenarnya.

Flight kitorang 28 June 2018 6.00am. Gila tak gila amik flight pagi2 buta?! Alhamdulillah la umi boleh hantar gi airport (kakchik yang drive la sebenarnya). So, menapak la kami ke Senai Airport pagi2 buta tu. Flight JB-KL sekejap je pun around 45minit macamtu.

Ni kalau hari biasa, kira sahur la ni. 

Haa elok la. Susun pun dah jadi ZANAMIA
Nak jugak acah-acah

Sampai KLIA2, memasing perut dah lapar. Then, cari makan dulu sementara tunggu owner kereta sewa sampai. Sebab kitorang janji nak ambil kereta dalam pukul 9.

Ni details untuk kereta sewa 

Kitorang sewa kereta Perodua Axia je. Paling murah and paling kena gigih la nak naik Cameron tu maklumlah kereta kecik je. Pukul 9, owner kereta tu sampai (weh serious taktahu nama orang tu. Hahaha) then mula la susun barang dalam boot kereta, dan mulakan perjalanan. Kitorang bertolak dari KLIA2 pukul 9.15pagi. Kalau mengikut tentatif, kitorang target sampai Cameron Highlands pukul 12. Tapi biasalah, kita hanya merancang. So, kitorang sampai Cameron dalam 12.40pm.

First stop. Kitorang singgah Avant Chocolate. Dalam tentatif memang nak singgah situ dulu sebab tu first stop waktu naik dari Simpang Pulai. Oh haa lupa pulak. Kitorang exit Simpang Pulai, sebab jalan kat situ better sikit dari jalan Tapah-Cameron (berdasarkan survey yang kitorang buat). Tapi ikut keselesaan masing2 la. Ada yang kata kalau lalu Tapah tu dekat sikit.

Menyempat je selfie err ke wefie?
Kat Avant Chocolate, tengok nama pun tahu la banyak chocolate. Tapi ada jugak la jual teh. And paling pentingggg, ada jual ice cream. And sangat berbaloi untuk rasa sebab sedap. Kitorang membeli belah la coklat sikit and makan ice cream kejap before gerak ke next destination.








Next stop, kitorang pergi lunch dekat Cafe Lorong


Cafe Lorong ni kira cafe hipster la kot kalau kat sini sebab dia macam berkonsepkan kayu macam tu la. Makanan dia pun standard biasa2 je la. Western ada, goreng2 pun ada. Boleh la try kalau gi sini. Sebab Cafe Lorong ni dekat dengan Pasar Kea, kitorang jalan kaki je la ke Pasar Kea. Kat Pasar Kea ni la tempat nak memborong segala souvenir yang ada. Nak beli strawberry ke, jagung mutiara ke pun ada jual kat sini. Untuk first day ni kitorang tak beli pape, sebab dalam plan, second day sempat lagi nak singgah kejap kat Pasar Kea ni. Kat sini gak ada KEA Garden. Tempat ni macam more to budak-budak la. Tapi kitorang nak masuk gak. Saje nak amik2 gambo, nice jugak la masuk sini. Oh ya. Masuk sini kena bayor seringgit.





Selesai kat Pasar Kea and Kea Garden, kitorang check-in dekat homestay. Untuk hari first ni kitorang stay kat homestay. Over kan? Padahal 4orang je. Siapa taknak eh dapat harga RM80/night untuk sebuah rumah. Nama homestay kitorang Prima Villa Homestay. (Note: Kami dapat harga murah sebab weekdays dan nego dengan owner. Kalau weekend harga lain ye)





Okay, after dah check-in and rehat2 sekejap, kitorang pergi next destination which is Healthy Strawberry Farm. Kitorang singgah sekejap je, sebab kat sini memang lah boleh pick sendiri strawberry tapi seasonal. So, disebabkan kitorang datang bukan pada musim petik strawberry sendiri, kami hanya mampu melihat pokok2 strawberry dan pokok bunga yang ada kat sini je la. Hahahaha. Sodehhh.







Kalau dah sampai Cameron ni, mana complete kalau tak singgah ladang teh. Tak gitu? So, kitorang tak melepaskan peluang tersebut la. Kitorang pergi ke Bharat Tea Plantation (Cameron Valley). (Note: please pergi awal sikit sebab diorang tutup pukul 6petang). Kitorang sampai sana dalam pukul 5 lebih kot. Sebab dari Healthy Strawberry Farm tu agak jauh jugak la ke Bharat Tea Plantation. Kitorang sempat pergi ladang teh je. Bila naik atas, acah2 nak minum teh bagai, tetiba dah tutup en. Sodehhh. Oh ya, nak ke ladang teh tu, kena bayor RM2.00









After dari Bharat Tea Plantation tu, kitorang pergi la bungkus makanan kat kedai makan (tak ingat nama kedai sebab random je masuk kedai, bungkus then balik) sebab mata dah rabak gila. Penat seharian berjalan. Luckily malam kat Cameron tak berapa nak hidup. I mean, tempat2 untuk berjalan tu mostly tutup dalam pukul 6petang camtu. Malam tu kitorang stay rumah je la. Kena tidur awal sebab esoknya kena bangun awal pagi. Heeeee. Nak ke mana tuuuu. Stay tuned gais!



Day 2:

Hari kedua ni lagi banyak tempat nak pergi kalau ikutkan dalam tentatif. Full jugak la sepatutnya. Kitorang bangun pukul 4.30am. Awal tak? Yeah. Sebab kitorang ada misi besar. Dan kitorang nak terus check-out dari homestay. Kitorang stay kat situ satu malam je. Malam kedua kitorang dah booked hotel kat Brinchang (Prima Villa Homestay tu terletak di Tanah Rata ya gais).

Okay misi pertama kitorang adalah nak ke Sunrise Point. So, pukul 5.30am dah bergerak keluar dari rumah sebab dah janji dengan Abg Ariff (tour guide yang akan bawak ke 3 tempat pagi tersebut) untuk jumpa kat depan Nova Hotel pukul 6.15am.

First check point ialah nak pegi tengok sunrise before pergi Mossy Forest. Tapi pagi tu awan agak tebal so tak dapatlah nak melihat sunrise sangat2 pun. Oh ya, for those yang plan nak ke Mossy Forest, kitorang amat galakkan korang guna service tour guide sana. Sebab barai weh kereta kalau nak bawak naik. Tour guide sana mostly pakai Land Rover. Seronok weh naik Land Rover ni, dengan sejuk-sejuk kat Cameron tu. Seriously you should try it gais. Later on kalau ada details pasal service ni, kitorang letak kat bawah entry ni. InsyaAllah.




Okay seterusnya kitorang bergerak ke Mossy Forest. Tempat yang paling teratas dalam wishlist aku la. Hahahaha. Weh serious. SubhanaAllah. Cantik sangat2. Dia punya breathtaking views tu, rasa macam nak pergi lagi. Hahaha. Sampai taktahu nak cerita apa. Yang penting Mossy Forest ni tempat yang wajib pergi la kalau pergi Cameron bagi aku sebab tempat ni ada kelainan tersendiri. Strawberry, bunga, anggur, cactus tu semua dah terlalu sinonim dengan Cameron Highlands. Tak rugi kalau nak cuba. Berkabus teruk kat sana waktu pagi-pagi.





Tetiba rindu nak naik Land Rover. Hahaha

Thank you Abg Ariff


Ni details untuk contact Abg Ariff.


Next, kitorang pergi Ladang Teh Sungai Palas atau lebih dikenali BOH Tea Plantation Sungai Palas. Pergi sini sekali dalam pakej Abg Ariff tu jugak tapi before sampai sana, Abg Ariff ada la bawak singgah tempat2 yang lawa untuk ambil gambar. Heee






Dalam perjalanan pergi ke BOH Tea Plantation tu, Abg Ariff ada la cerita2 sikit pasal pokok teh, pasal teknologi yang sekarang digunakan untuk pekerja-pekerja ladang tu petik daun teh. Paling teruja sekali bila Abg Ariff tunjuk the real size of pokok teh kalau tak kena trim macam selalu. First time la tahu yang sebenarnya pokok teh tu sebenarnya tinggi macam pokok-pokok yang lain. Hahahaha. *jakun teruk

Kitorang sampai BOH Tea Plantation Sungai Palas around pukul 9.45am. Tapi agak memilukan sebab masa tu hujan. So, tak dapatlah beria sangat ambil gambar. Dah la sejuk tahap tak ingat 13°C kot. Tapi sempatlah shopping teh macam takde hari esok. Fiza ngan Mila merasa la minum teh and makan kek kat situ. Aku dah sakit perut, mana nak lalu makan pape. Hahahaha.




Itu last tempat dalam package Abg Ariff tu. Sepatutnya kitorang nak jalan kaki turun ke bawah so boleh la fefeeling ambil gambar kat tengah-tengah ladang teh tu. Tapi apakan daya, hujan agak lebat. So, kami kuburkan saja feeling2 macamtu. Hahaha. Dalam pukul 11 kitorang turun bawah and next destination is, pergi Bee Farm. Tapi Bee Farm ni takde apa sangatlah sebenarnya. Dah alang2 kat sini, saje la pergi mengisi kekosongan masa before tunggu pukul 2 sebab nak check-in kat hotel pulak.




After dari Bee Farm, kitorang singgah makan kat kedai makan. Tapi taktahu la apa nama kedai tu, dia macam food court je la kat area Brinchang tu. Then after that, kitorang check-in dekat hotel. Untuk second day ni, kitorang stay dekat Hotel Check In 2. To be exact, hotel ni betul-betul kat sebelah Balai Bomba.



Okay next, lepas check-in, solat and rehat kejap, kitorang terus pergi ke Big Red Strawberry Farm. Haaa, kat Big Red ni pun sama, sepatutnya boleh pick up sendiri strawberry. Tapi sayang, bukan musim dia. So, kitorang jenjalan je la kat sini tengok-tengok pokok strawberry and pokok bunga yang rasa nak bawak balik semua. Hahahaha.

So, baru perasan tak banyak ambil gambar kat sini. Heee


Sebab dah petang, kitorang ada last destination untuk petang tu, which is Lavender Garden. Fyi, Lavender Garden ni tutup pukul 6petang. So, kalau nak pergi, pergi awal lebih baik and entrance fee kat sini RM10.00.







Selesai tempat-tempat untuk hari kedua. Before balik hotel, kitorang singgah lagi ke Pasar KEA nak beli souvenir sebab semalam singgah nak tengok2 dulu. And of course buat comparison harga before beli walaupun sebenarnya harga lebih kurang je. Tapi still, kita kena bijak berbelanja kan? *tetiba

After that, kitorang balik hotel and ready for maghrib before keluar lagi nak gi Pasar Malam Golden Hill. Okay. Seriously gais, pasar malam kat sini, panjang gila and ramai gila orang. Haaa Nampak tak berapa kali gila kat situ? Hahaha. Kitorang plannya nak cari makan. Tapi bila ke sana bukan makanan yang banyak, banyak jual barang2 macam baju, bantal, strawberry semua tu. Kitorang habiskan pusing pasar malam tu je then gi makan kat kedai makan.

The end of second day. Malam tu terus kemas-kemas sebab esok pagi nak check-out and nak balik dah. Rasa macam tak puas. Tapi nak buat cemana, cuti sudah habis bro.


Last day in Cameron Highlands

Pagi-pagi dah bersiap, sarapan dulu kat area pasar brinchang, then gerak balik KL. And lagi sekali singgah Pasar KEA. Hahaha. Gara2 nak beli keychain. Waktu ni aku ngan Mila je turun so time jalan bercakap-cakap, gelak-gelak tetiba rasa macam ada asap keluar dari mulut. Hahahaha. Jakun lagi sekali. Sebab hari2 sebelum tu, ada gak terfikir “eh sejuk2 ni bercakap mulut tak keluar asap eh?!”. Haaa kau Tuhan makbulkan terus kot. Kbye. Before balik tu, singgah Avant Chocolate jap borong coklat lagi. Hahaha. Then, kitorang singgah jap atas jambatan tepi jalan tu untuk ambil gambar kejap. Fefeeling kat oversea. Acah2. Hahahhaha.



So, kitorang sampai KLIA2 dalam pukul 1.30pm, duduk la sana sampai pukul 4.50pm sebab flight pukul 4.50pm.



And it’s a wrap! Alhamdulillah selamat sampai JB around pukul 6petang. Seriously big thank you my girls because finally we did it! Big thank you untuk Fiza, our awesome driver. Tak tukar driver pun weh. Gagah gila minah ni. Caya la kak chik! And thank you girls for the awesome memories that we created together. Another date is locked as one of the best day in my life. So, next trip please? Hahahaha.

To have all of you as my bestfriends, I take it as a gift from God for me. Thank you girlfriends!




Lots of love,


No comments: